Amalan Di Bulan Ramadhan Selain Berpuasa
Bulan Ramadhan adalah bulan mulia dan di dalamnya terdapat pelbagai keberkatan. Dalam bulan ini juga banyak melatih kita supaya menjadi umat Islam yang bersyukur serta dapat mengingatkan kita kepada mereka yang dhaif dan miskin.Dalam bulan puasa ini, selain berpuasa dan meneruskan amalan-amalan wajib seperti solat, kita tidak harus lupa memperbanyakkan selawat dan salam terhadap junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W. Kita juga digalakkan untuk bersedekah dan tidak lupa memperbanyakkan membaca al-Quran. Jangan lupa solat terawih ye =)
Perkara Harus Dielakkan Di Bulan Puasa
Bagi sesetengah individu, pada bulan puasa akan dihabiskan dengan tidur sepanjang hari. Ada juga yang berbelanja dan berboros habis-habisan dengan alasan setahun sekali. Selian itu, ada individu yang menghabiskan masa dengan perkara yang sia-sia seperti menonton rancangan2 hiburan di tv dan sebagainya. Perkara-perkara ini harus dielakkan bagi menjaga kualiti amal ibadah kita di bulan puasa.
Sebenarnya, banyak aktiviti yang berfaedah yang boleh diteruskan di bulan puasa Ramadhan. Mengadap internet pun tidak salah asalkan pengisiannya berfaedah dan tidak sia2.Akhir kata, Selamat Berpuasa Di Bulan Ramadhan Al-Mubarak!
Ramadhan Tinggal hitungan jam, bln yg penuh suci & keagungan, dgn segala kerendahan hati kami sekeluarga memohon maaf apabila ada kesalahan semoga puasa kami semua membawa rakmat & berkat dunia & akhirat selamat memasuki bulan puasa.




0 comments:
Post a Comment